WSSFX

Friday 27 May 2011

Cili Semerah Fertigasi

Baru Mengeluarkan bunga

Cili Semerah baru berumur 8 minggu

Thursday 26 May 2011

Hasil yang baru di keluarkan dari ladang di kg sg tongkang

Hasil yang akan di bawa ke bandar untuk dijual kepada Wealthy Empire

Wednesday 25 May 2011

Tuesday 24 May 2011

Kampung Sungai Tongkang Bakal Pengeluar Cili Semerah Yang Terbesar Di Tawau

TAWAU, - Tawau yang terkenal dengan jolokan "Bumi Peladang" berpotensi besar menjadi pengeluar cili padi "Semerah", kata Pegawai Penyelidik Prinsipal Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), Datin Dr Melor Rejab.

Dr Melor berkata cili padi Semerah yang dibangunkan Mardi sejak 17 tahun lalu paling mudah dijaga, namun, beberapa teknik pengurusan penanaman perlu dipatuhi bagi memberi hasil yang memuaskan.

"Permintaan cili padi Semerah amat menggalakkan. Ini merupakan peluang terbaik bagi petani di Tawau," katanya kepada Bernama selepas melawat beberapa kebun penanam cili padi Semerah di Kampung Sungai Tongkang, Pulau Sebatik, Khamis.

Semalam, kira-kira 100 orang petani di sekitar Tawau menghadiri kursus pemindahan teknologi penanaman cili padi Semerah anjuran Pejabat Pertanian Tawau dan Pejabat Belia dan Sukan Tawau yang dikendalikan oleh Dr Melor.

Seorang petani, Ismail Majid, 29, berkata beliau mula mengusahakan kebun cili padi Semerah sejak dua tahun lalu dengan menanam kira-kira 400 pokok dengan dibantu oleh abangnya.

Percubaan pertamanya yang gagal mendorongnya untuk berusaha menghubungi Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang Kawasan untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat.

Pada Disember tahun lalu, beliau sekali lagi menanam 400 pokok cili padi Semerah secara konvensional dan akhirnya berjaya menghasilkan antara 40kg hingga 50kg cili setiap tuaian dengan  tuaian seminggu.

Menurut Ismail, pada masa ini dia telah memulakan penanaman 1,000 pokok cili Semerah secara fertigasi dan 200 pokok lagi ditanam secara konvensional dan kini sedang mengeluarkan buah.

Ismail berkata, pada masa ini, 12 belia turut telibat dalam penanaman cili padi Semerah di Pulau Sebatik yang melibatkan kawasan kira-kira 6.4 hektar tanah.

Mengenai pasaran, Ismail berkata beliau tidak menghadapi sebarang masalah kerana syarikat Wealthy Empire Management Sdn Bhd bersedia membeli hasil cili keluarannya pada bila- bila masa.

Pengurus Wealthy Empire Management Sdn Bhd Syed Abdullah Mohammad berkata beliau sangat mengalu-alukan petani di Tawau untuk menanan cili padi Semerah dan syarikatnya sedia membelinya dengan harga yang berpatutan.